Jumaat, 6 Mei 2016

PAU JADI TARIKKAN PENIAGA

Al-Kisah.....

1)
Semalam ada seorang hamba ALLAH datang berjumpa aku di tapak perniagaan (Changlun). Beliau seorang lelaki berusia lewat 20-an dan berasal dari pendang kedah. Jauh perjalanan dan luas pemandangan.... Tarikkan di alam maya FB PAU HALIM Perlis menyebabkan beliau tekad datang dari jauh di atas beberapa tujuan :-

-Teringin MENGUBAH BIDANG KERJAYA
- Teringin menjadi PENJUAL KUIH PAU
- Teringin menjadi PENGUSAHA PAU
- Teringin belajar cara membuat kuih pau yang terbaikkkk....
- Khidmat nasihat dalam perniagaan

 MASYA ALLAH..... rasa macam adik ni silap plak berjumpa dengan orangnya. heheeee.... Sapa la aku ni? Hanya peniaga tepi jalan,pasar tani ja pun.... Tak ada yang istimewa. Aku hanya PEWARIS KE2 PAU HALIM. Heheeeee... IN SYA ALLAH.... akak bantu yang mana termampu. Seronok hati ini dapat menolong orang . Tambahan pula,anak-anak melayu kita. Moga kita sama-sama BERJAYA DALAM PERNIAGAAN..... TEGAKKAN SUNNAH NABI S.A.W


2)
Seorang lagi hamba ALLAH lain plak call saya berkali-kali. Fakta yang di beritahu adalah beliau seorang lelaki,berusia awal 30-an masih bekerja sebagai kakitanagn TNB di ALOR SETAR,berasal dari SUNGAI TIANG,KEDAH. Ibu beliau seorang MUALAF berbangsa CINA. Beliau sedang menjalankan perniagaan KUIH PAU bersama isteri secara 'PARTTIME'. Tujuan seorang hamba ini berbeza sangat , kerana ingin membeli MESIN KUIH PAU aku . Alhamdulillah.....perniagaan kuih pau semakin maju dan mempunyai permintaan yang tinggi. Tapi.....perniagaan aku pun masih lagi menggunakan KONSEP TRADISIONAL. Heheeee..... yang penting KUALITI TERBAIKK... Aku cuma nasihatkan perlu amik pekerja dan tambahkan pekerja. Sekurangnya dapat membantu penduduk setempat seperti :-

- Memberi PELUANG PEKERJAAN 
- Memberi KEMAHIRAN
- Meningkatkan EKONOMI PENDUDUK
- Lokasi pekerjaan yang DEKAT
- Kurangkan penindasan bagi golongan IBU TUNGGAL,OKU,ANAK YATIM
-Membuka PELUANG PERNIAGAAN kepada penduduk.

Aku bersyukur sangat kerana SEORANG USAHAWAN dapat memberi dan menolong penduduk setempatnya. Aku pun telah lakukan yang terbaik...moga selagi nyawa di kandung badan,aku ingin membantu dan mencari SAHAM AKHIRAT... KEBAIKKAN BERSAMA.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan