Pengenalan

PENGENALAN PERNIAGAAN


PAU HALIMENTERPRISE  telah di daftarkan pada 16 NOV 2007 bagi syarikat perkongsian bersama anak-anak (termasuk pemilik syarikat RAIHANAH BINTI ABDUL HALIM). Ia merupakan sebuah syarikat perniagaan 100% milik bumiputra. Pada mulanya  di asaskan oleh pengusaha asal iaitu Puan Sadiah binti Omar secara kecil-kecilan pada tahun 1979 sebagai milikan tunggal. Perniagaan kini beroperasi di no 302,Jalan Madrasah,Kampung Belat Batu,02600 Arau,Perlis.
Syarikat melakukan aktiviti memproses,membekal dan menjual kuih pau panas,sejuk-beku dan dalam perancangan kuih pau goreng. Pada masa ini,syarikat PAU HALIM ENTERPRISE telah berjaya memproses kuih pau sebanyak 1300 biji pau setiap hari dengan nilai jualan RM 1820.00 memandangkan permintaan yang tinggi.   Pihak syarikat seterusnya mengorak langkah secara teratur dan sistematik dalam pemasaran bagi mencapai wawasan dan target syarikat ingin memasarkan produk ke seluruh Malaysia dalam jangkamasa 3 tahun akan datang.
Kini,pasaran produk syarikat sekitar negeri perlis dengan jumlah purata penduduk 45,000 orang (statistic penduduk negeri perlis). Target jualan sekitar 1%-2% (4500-9000 orang).Kemudahan pemasaran kini menggunakan sebuah van untuk menjalankan perkhidmatan penghanataran stok pau ke dalam almari pengukus pau yang di tinggalkan di kedai-kedai sekitar negeri perlis. Almari pengukus pau mempunyai 23 buah untuk 23 kedai terpilih. Selain itu, berniaga di pasar tani,pasar malam dan tepi jalan menggunakan meja dan payung. Manakala pasaran kuih pau sejuk-beku di kedai-kedai frozen sekitar kawasan Kangar,Beseri,Arau,Simpang Empat,Jitra,Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Perkembangan syarikat turut di bantu oleh beberapa agensi bimbingan seperti MADA , FAMA , MARA , JABATAN VETERINAR , MARDI dan UPEN. Syarikat turut merebut peluang di bawah agensi dengan mengikuti pelbagai karnival dan kursus bagi menambahbaikkan syarikat.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan