Rabu, 16 Disember 2015

ANUGERAH ILLAHI


  1. Penerimaan ANUGERAH USAHAWAN TERBAIK PEKEBUN KECIL NEGERI PERLIS 2015 (PROJEK PAU) daripada PIHAK RISDA





2.  ANUGERAH SIJIL MeSTI 2015 pengikhtirafan daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

RIBUT MELANDA DI KUD,PUTRAJAYA.

PUKULAN RIBUAN ORANG RAMAI....


  • HARI PERTAMA
          Pertama kali turun menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 dan pertama kali juga membuat pemasaran luar PERLIS. Persediaan biasa-biasa ja,stok pau sebanyak 3000 biji di bawa dengan LORI. PAU PAK HALIM membawa kelainan dengan memperkenalkan PAU INTI KAWIN,terdapat 2 jenis inti dalam sebiji kuih pau. Pada hari pertama jualan agak penat berkempen dan orang pun agak kurenggg....Tapi tidak sama sekali patah semangat sebelum terus berjuang hingga hari terakhir.

   

                            

  • HARI KEDUA 
          Keesokkan saya berjalan-jalan melihat suasana jualan dengan pelbagai produk yang telah di rekacipta. Booth yang menjual kuih pau sangat ramai (pesaingan sihat) seperti AINAZ PAU, RIZQI PAU,WAN ZALEHA PAU,FATIHAH,NANI'S dan ramai lagi. Orang kata 'sambil menyelam,dapat minum air' . Disamping berniaga,dapat juga berjumpa dengan artis-artis tempatan. Terus teruja gituuu...

  • HARI KETIGA
          Hasil kampen produk dengan bersungguh-sungguh dan tester pau kepada pelanggan. Akhirnya PAU PAK HALIM menjadi VIRAL di pejabat-pejabat kerajaan dan sekitar PUTRAJAYA. Hari ketiga merupakan permulaan suasana menjadi ribut kecil, saya dan staf hanya sempat minum air sahaja. Heheeeee..... Kuih pau tak sempat di panaskan,pelanggan bersabar menunggu 10 minit untuk dapatkan KUIH PAU PANAS-PANAS dan PAU SEJUK BEKU pula,di jual oleh staf. Fuhhh....best sangat.


  • HARI KEEMPAT DAN KE LIMA (SAAT-SAAT TERAKHIR)
        MASYA ALLAH...... Keadaan sangat KECOHH....

             - TAK SEMPAT MINUM
             - TAK SEMPAT MAKAN
             - TAK ADA MASA NAK DUDUK
             - TAK SEMPAT BERJALAN-JALAN


SITUASI HARU BIRU MELANDA.......Pelanggan pula mula bergaduh sebab potong turn untuk dapatkan PAU PANAS dengan STAF sekali diorang sound oleh pelanggan. Tokey terpaksa keluar untuk MINTA MAAF. Tambahan pau pulak tak sempat nak panaskan,bertubu-tubi masuk order selepas 10 minit di buka pengukus. Manakala PAU SEJUK BEKU pula di BORONG. Akhirnyaaa......pukul 12.00 Tengahari,booth PAU HALIM telah KEHABISAN STOK dan DI TUTUP...  TENGGELAM PUNCA booth tetap di serbu walaupun stok dah licinnnn....





  • ALHAMDULILLAH........Walaupun keadaan sangat mencabar,HATI BALIK PENUH RIANG GEMBIRA dan PUAS HATI dapat memberi layanan yang semampu-mampunya. TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA kepada SEMUA PELANGGAN yang sabarrrrr.... MINTA MAAF di atas KEKURANGAN dan SALAH SILAP KAMI. IN SYA ALLAH....panjang umur kita semua JUMPA LAGIIIII.......